Khamis, 22 Oktober 2009

SEMANGAT BERTANI

aku memulakan bidang pertanian ini bemula dari minat nak berniaga tapi tak tau ape peluang perniagaan yang nak aku ceburi. terjumpa satu sahabat yang dulu sama-sama kerja ngan aku minat nak watt projek..aku ape lagi dah jumpa kawan yang boleh sehidup semati ngan aku aku pun letak kepercayaan penuh tapi aku guide dia dari a`z. kira kitaorang nie zero dalam bidang pertanian. sama-sama g cari sumber dan ilmu.
satu ari aku dibawak ke tempat projek yang kitorang nak buat nih. punyalah jauh dibawak aku dari pekan jementah ke kampung pendalaman. walau dihubungkan melalui jalan raya tapi peh....jauh gile aku rasa (pada awal lawatan).. skrang rasa dah tak jauh...
tapi kampung ni boleh dikatakan takla ketinggalan sangat dari pembangunan kat bandar tuh..

Kampung ini adalah terletak jauh dikawasan pendalaman yang mana sebelum nak sampai ke kampung nie terpaksa melalui sebuah ladang milik sime darby iaitu ladang welth. punyaa lah jauh nak sampai. jalannye plak berbukit-bukit macam roller coaster la...

dipendekkan citer aku pun sampaila kat umah kawan aku... punyalah penat tak ingat.. dibawak lagi aku dalam hutan belukar yang ada ladang getah dan kelapa sawit je... tapi lebih banyak getah dari klapa sawit... tup-tup aku sampai kat tapak projek... jauh giler... kena pakai motor..keta tak bleh bawak 4wd boleh la masuk...myvi aku takleh masuk... sampai-sampai ternganga mulut hutan belukar lagi nih...boleh ke?????????? pening gak aku pikir..
tapi dah semangat punya pasal aku tak boleh tarik balik...ramai dah tau kat kampung aku wat projek nie... mak bapak bagi sokongan moral je... nak bagi duit tak dapat dik..

modal ada lebih kurang rm20,000 tu pun pau bini...bini bagi 200% support dari segi rm....$$$$.
heh boleh nie... janji aku dan member aku keluar dari kepompong makan gaji..semangat beb..

member aku pun apalagi start keje menebas, racun, bakar sampah sampai masuk JCB nak tolak tanah nie...masa yang berjalan aku pun pikir nak masuk projek ape...tak tau ape2 nie...pening...
last-last aku eprgi kursus fertigasi cili api kampung secara kontrak farming. tapi tak tau lagi boleh jalan sebab kebanyakan kontrak farming nie banyak yang gagal...tapi cuba dulu sebab selagi tak masuk dalam gaung mane tau lagi dalam ke cetek..
siap kebun terus masuk projek 100 pokok modal dalam rm 3+++ gak. tup2 dah nak setahun gak projek memang lawa lah kebun kitorang penuh pokok cili segar bugar 2`4 bulan dah cantik2 dah. masuk bulan ke 5, dugaan pertama datang, huh ujian dari tuhan supaya kami belajar erti tabah.. semua pokok cili out kene serang penyakit misteri disebabkan cetek pengetahuan. masa tuh pokok cili adalah dalam 1600 pokok, heh kalau jadi memang best tuh...boleh wat duit gak..
tapi tuhan punya kuasa bukan kami punya rezeki..tetap kami tabah...

pastu kitorang bincang nak wat pinjaman dari belia dan sukan untuk projek cili tuh la... 8 bulan tunggu memang betul dapat rm 35000. nie la buat penyambung projek nie...utang dah banyak camne nie projek tak jadi lagi!!!!!! macam dah nak fedup dah... tapi kitorang bincang balik nak wat projek tanaman sayuran secara besar-besaran lebih kurang 10 ekar melalui projek jabatan pertanian...
harapan kepada Allah yang Maha Esa dipermudahkanlah dan berikanlah Petunjuk dan hidayah serta berkatilah usaha kami Ya Allah! Amin..

pastu sebelum nak masuk projek pertanian nie adalah satu dugaan kecik yang macam tak sedap ati nak dilihat, pertubuhan peladang plak cucuk orang kampung supaya masuk projek tanam kelapa sawit lebih kurang keluasan 60 ekar termaasuk 10 ekar tanah yang aku nak wat projek pertanian nie... harap2 tak la terjadi ape2 perselisihan faham orang kampung pasal projek nie..
moga-moga Allah tunjukkan jalan keluar pada kami yang baru nak start uli simen nak wat konkrit kejayaan ni ...Amin.